Click Here

Thursday, December 2, 2010

"Hujan rahmat"



hujan oh hujan kenapa engkau turun
macam mana aku tak turun katak panggil aku...
katak oh!katak kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil ular nak makan aku...
(nyanyi lersendiri sampai abis.....)

itu lagu feveret zaman kanak2 dulu kan...bleh dikatakan sume kanak2 kat Malaysia tau & hafal lagu tu. apa kaitan lagu ni plak dengan entri neh..hehehehe.

takde ler sebenarnya teringat hujung2 tahun ni biasanya belah pantai timur sekarang tengah tengkujuh. (sebut pasal tengkujuh...teringat satu cerita lakonan Faizal Hussein kalu tak silap..ingatkan namanya Tengku joe..rupanya Tengkujuh..sebab lahir masa tengkujuh..hihihi)
Berbalik story asal cik..kalu time nih...kanak-kanak kat kampung cik cam berpesta air. tapi bukan cam pesta air Songkran tu yer...
suka betul tengok diaorang main air...teringin gak nak join.Tapi apakan daya... tahap umur membataskan ku... terpaksalah cik membataskan hasrat itu...hehehehe.

tapi sebenarnya main air hujan banyak-banyak ni tak bagus sangat untuk kesihatan...sapa yang antibodinya lemah bleh kena flu tau! jadi pantau-pantau lah adik-adik & anak-anak daripada main hujan dalam keadaan overdose...bimbang gak nanti satu rumah berjangkit..oouchh..sana ouchh sini!

musim tengkujuh ni ada gak part yang bestnya...mana tidaknya..sume orang duk melepak kat umah. time ni la dapat tengok adik-beradik, mak, ayah dengan jelas. Oh! rupanya adikku sudah tumbuh jerawat..hahahaha..tak perasan la plak! (teringat la plak zaman cik)
pastu satu keluarga duk melepak kat ruang tamu. then, hampar tilam pastu bersusun nga bantalnya sekali tengok TV sama2. fuh! so sweet kan. kalu nak tunggu hari lain semua orang sibuk jer...so inilah masanya satu keluarga manfaatkan masa yang ada untuk mengeratkan ukhuwah.
Ade lagi part yang paling best...time tu jugak ada hidangan ubi kayu rebus...kalau nak sedap lagi buat lah poli ubi kayu ker, bingka ker..macam-macam lagilah. fikir punya fikir kenapalah ubi kayu jadi pilihan masa musim hujan jer...oh! patut ler...
sebenarnya ubi kayu ni cara nak tuai..kita kena gali. masa musim hujan tanah jadi lembut, so senang ler sikit nak gali. kalu tak percaya try gali time tanah kering and musim panas...berpeluh sakan ler jawabnya nak keluarkan isi-isi ubi tu. lagi satu..ubi ni speses tahan lama... lambat rosak kalu simpan dengan elok.
pastu...time hujan jugak... tak pilih makanan. Apa yang ada itulah yang dimakan. mana tidaknya, jarang yang rajin keluar pekan nak meredah hujan semata-mata nak cari makanan.Kalu pegi jugak.. tup..tup bila sampai kat kedai plak...pakcik kedai tu cakap..maaf ye En. barang yang En. nak tu dah habis ler...stok tak sampai2 lagi..tersangkut banjir gamaknya...Hahahaha tak ke bengang masa tu. sebab itu ler mereka yang dah biasa nga musim tengkujuh wat stok sendiri. 

agaknya ler kan..semua orang dapat tak nikmati saat terindah cam gini? ataupun dioarang ada cara dioarang sendiri kan..mesti lagi best dari ni kan? ni just cerita semata-mata...kadang2 cik selalu gak dengar kawan2 duk bercerita pasal aktiviti musim hujan...lebih kurang cam gini ler..life kitaorang sama jer kan..mungkin sebab 'dalam kawasan' (satu tempat) kot! 

Pernah gak cik dengar ada yang merungut pasal hujan lebat yang tak berenti2 neh...
kenapa nak mengeluh...
kenapa nak merungut...
Bukankah setiap kejadian Tuhan tu ada kebaikkannya?
Cuma kadang-kadang kita jer terlepas pandang...
Ada plak yang cakap.. hujan lebat menyebabkan kerja mereka terbengkalai...
Pastu ada plak nak salahkan banjir ..barang dioarang rosak...hasil tanaman musnah dan macam2 lagi la...

Ok...cuba tengok dari site yang baik...kebanyakkan banjir yang berlaku dikawasan lembah. kawasan tanah pamah yang subur untuk menanam...cuba tengok keadaannya selepas banjir surut..& hujan reda..
kawasan tu cantik sangat..tanah makin subur! maknanya..hujan dah hapuskan semua bendasing yang ada kat kawasan tu..pastu ditinggalkan sisa2 yang baik untuk tanaman.
Pastu...kalu dah tau time tu musim tengkujuh... bersedialah. mana barang2 yang rasa penting letakkan ditempat tinggi. kalu boleh rumah2 yang berkemungkinan banjir, buat satu para khas untuk letak barang2 macam ni. Buat je para yang biasa ikut kemampuan sendiri sebagai persediaan.
Pastu..mana2 hasil tanaman yang boleh dipetik, dituai..bersegeralah!
*para-satu tempat yang dibina khas secara bertingkat. biasanya anda akan pernah melihat kawasan dapur rumah2 lama akan dibina para. (ini mengikut penafsiran cik ler)

Oleh itu bersangka baiklah kita terhadap segala kejadian yang terjadi...
Pernah dengar tak istilah "cendawan tumbuh selepas hujan''. walaupun ada maksud lain yang tersirat, namun yang tersurat...memang benar...cendawan akan tumbuh dengan melata selepas hujan. 
Ini menunjukkan hujan turun membawa rahmat...
Hujan turun membawa rezeki...
walaupun tampak biasa secara zahirnya...cubalah teroka hasil yang berlaku selepas hujan.
Pasti anda akan kembali tersenyum tatkala melihat si pelangi muncul riang sebagai tanda lembaran baru dalam hidup anda..!




PsstT: panjang ler pulak rasanya entri kali ni... walau apapun cik suka hujan bleh tidur lena...huhuhu

1 comment:

  1. hujan emas di negara orang...hujan batu di negara sendiri...lebih baik di negara sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Here! Just Click