Click Here

Friday, January 14, 2011

Aku Dan Kenangan

Musim bertukar musim…
Tahun demi tahun…
Hari berganti hari…
Masa yang silih berganti kian pantas kurasakan. Seolah-olah kelmarin yang kulalui hanyalah sepetang buatku.
Biarpun segalanya telah dimamah dek usia. Namun masih ada yang segar dalam ingatanku.
Kenangan…
Ya! Kenangan… kenangan manis mahupun pahit. Ianya tersimpan kemas dalam ingantanku. Malah saat-saatku berduka, kenangan manis yang mencuit hati mampu mengubat hati yang terluka. Kadang-kadang sampai aku tersenyum sendirian.
Saat-saat manis bersama keluarga dan kawan-kawan tatkala  bergurau senda, merajuk sayang. Rasanya seperti ingin ku putar semula roda kehidupan yang mampu membawa aku ke saat-saat itu. Namun aku pasrah. Aku akur dengan ketentuan yang telah ditentukan Sang Pencipta. Malah aku bersyukur kerna pernah mengecapi saat-saat indah sebegitu.  
Namun takkan sesekali ku membuang segala kepahitan yang pernah ku alami. Kerna aku percaya setiap kepahitan itu terselit hikmah buatku. Anggaplah setiap yang berlaku itu sebagai liku-liku kehidupan yang pasti ditempuhi setiap yang bergelar manusia.
Biarpun aku diulit kenangan namun aku tetap tegar untuk meneruskan langkahku yang seterusnya. Agaknya apa kisah KITA seterusnya. Biarlah ianya kekal menjadi episode yang penuh tanda tanya. 
Agaknya tak terlambat untuku ucapkan selamat datang 2011!

Friday, December 10, 2010

Ikan dan Laut Masin!


Gambar Hiasan
(Credit Pictures to: ninelights.multiply.com )

Luasnya laut terhampar indah.  Permukaan jernih tampak biru. Sekali pandang seperti pantulan cahaya warna si langit. Itulah keindahan laut. Rasanya si airnya pula tetap seperti kali pertama kita merasainya. Masin!
Ya ! Si Laut yang indah itu rasanya masin. Tak mampu untuk diteguk seperti tegukkan air si perigi atau air sungai. Itulah istimewanya si air laut.

Tapi aneh, laut yang pasang surut itu mempunyai rahsia dalam perutnya. Mungkin agak kasar penyataan ini. jelasnya, apa yang cuba aku maksudkan adalah si ikan.


Gambar  Hiasan: 
(credit picture to fancy-fish-world ) 

Ya! Ikan…
Ikan tumpuan utama si penakluk laut. Harganya mampu melambung setinggi-tingginya bila sampai ke darat. Hasilnya lumayan buat mereka.

Tapi kadang-kadang apakah kita terfikir…kenapa dan mengapa rasa si ikan itu tawar. Tawarnya tidak sepadan dengan tempat ia membesar. Padahal laut itu tempatnya bermain dan bercanda malah turut membesar. Malangnya palitan rasa masin tidak sedikit pun terpalit dibadannya.


Itulah rasmi si ikan. Tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku disekeliling, asalkan ianya masih ada jiwa. Ia tidak pernah membiarkan rasa masin menguasainya walhal ia menumpang di dalamnya. Jiwanya yang hidup mendorongnya untuk melakukan halnya sendiri.
Namun apabila jiwanya mati, ia tidak mampu berbuat apa lagi. Tidak perlu setangki garam, cukup sekadar secubit, rasanya sudah memadai.



Gambar Hiasan

Begitulah kita,jangan biarkan jiwa kita mati. Biarkan ianya hidup agar kita terus memacu jalan yang benar. 









(Credit Picture to: fancy-fish-world )



Oleh itu...Jangan biarkan keadaan menguasai dan mengawal kita. Tapi biarkan kita mengawal keadaan. Kerna kita yang paling tahu apa yang benar…apa yang batil.





PsstT: Indahnya Ciptaan Ilahi...!

kalau nak tengok ikan yang cute-mute atau pemandangan laut yang cantik Klik jer kat link2 credit tu...semuanya cantik!

Thursday, December 9, 2010

RAJAWALI - Sekadar selingan


Mendengar beberapa rangkap dari lagu ini, hati kecilku mula tersentuh. Tiap-tiap bait lirik yang penuh bermakna, begitu juga dengan melodinya. Mampu meruntun hati kecil setiap pendengar.

Penyampaian disebalik mesej Yang bersahaja mengingatkan pendengar akan suatu kepastian yang pasti terjadi iaitu Mati. Baguslah masih ada yang sanggup mengingatkan betapa sakitnya Mati tanpa amal.

Kalau dulu, lagu-lagu yang mempunyai mesej-mesej dakwah sebegini, pasti hanya dari genre yang berstatus nasyid. Agaknya hari ini ramai yang mula membuka mata. Bahawa mesej yang baik itu mampu disampaikan dalam apa jua cara sekalipun.

Sebenarnya bukan lagu dari kumpulan ini sahaja yang menyanyikan lagu-lagu berunsur religion. Namun, hati ini lebih tertarik dengan bait madah yang cuba disampaikan oleh band ini.

Benar! Sejahat-jahat seseorang itu,
Sedegil-degil seseorang itu,
Atau senakal mana seseorang itu…
Pasti akan terdetik di hati kecil mereka untuk mencari kebenaran...untuk mencari jalan taubat.
Mungkin masa cara dan pendekatan yang digunakan untuk mendapat magfirah itu tersasar dari jalan yang sebetulnya. Oleh itu, jangan segan kawan..setiap kali dirimu tersungkur…rebah dalam dosa. Bersegeralah ucapkan Astaghfirullahal azim…

Semoga hidayah itu akan kembali kesisi kita… 

PssTt: Minat lagu-lagu yang berunsur ketuhanan…tak kira siapa pun musician nya!

Wednesday, December 8, 2010

TERKILAN!!!


2-3 hari ni sering mendapat mesej-mesej (SMS) yang berunsur dakwah. Ini sebenarnya mesej ‘forward’ dari rakan2. Baguslah ada yang sudi menghantar SMS sebegini. Mesej yang baik untuk peringatan diri.
Tapi agak sedikit terkilan apabila membaca isi kandungan pada mesej tersebut. Ya! Pada awal intronya begitu bagus dan baik sekali penyampaiannya. Tiap tutur yang tertulis mampu meruntunkan kejahilan yang menempel.

Namun alangkah sedih….mesej yang baik dan bagus itu dicemari penutup “ending” bicara yang agak keras bunyinya.
Bagi aku tidak salah sekiranya kita ingin berdakwah melalui abjad-abjad moden ini. Namun apa salahnya jika langkah dakwah itu lebih berhemah, lebih telus agar pendekatannya dapat diterima ramai.
Bayangkan tatkala asyik dan leka serta penuh khusuk membaca text pendek itu…dengan penuh rasa kerohanian…tiba-tiba terselit diakhirnya…ayat-ayat yang keras bagi aku. Istilah “bernazar’’, “celaka ke atas diri’’ , ‘’ditimpa musibah’’ dan sebagainya sekiranya tidak meng’forward’kan text tersebut kepada sekian..dengan bilangan sekian…

Mungkin mereka yang pertama kali menerima SMS sebegini agak terkedu apabila membacanya. Bagi ini text2 sebegini sudah lali dan biasa malah sekian lama tidak dihantar kepadaku. Cuma kebelakangan ini sahaja makin rancak sms2 itu menari ni hensetku.

Bayangkan sekiranya ketika itu penerima dalam kedhaifan…nak masukkan 2pup pon agak sukar kerana lebih mementingkan apa yang lebih perlu berbanding topup, tapi SMS yang mampu mengancam kekacauan jiwa tiba-tiba muncul. Apakah perlu diteruskan sebagaimana permintaan TEXT tersebut.
Sudah-sudahlah sms sebegini cuba mencemari nilai-nilai baikyang terselit. Apa salahnya kita hanya meminta si penerima mesej tersebut agar menghantar mesej tersebut kepada rakan-rakan supaya memperolehi manfaat. Namun sekiranya si penerima tidak mampu berbuat demikian maka gugurlah tanggungjawabnya.

PssTt: Mungkin anda faham apakah ‘SMS’ yang saya maksudkan. Setiap kali saya menerima mesej sebegitu saya akan mengedit ayat yang berbaur amaran agar mesej tersebut masih memberi manfaat bersama. 

Monday, December 6, 2010

"Hati Kita, Kita rasainya..."

Ada masanya kita rasa gembira, suka, rasa ingin berkongsi setiap kegembiraan kita
tapi kadangkala kita juga rasa sedih, duka, ingin bersendirian. Mengasingkan diri adalah perkara yang terbaik yang kita cuba lakukan.
Adakalanya kita rasa geram, bengang, marah tak tentu hala.
Namun kita juga mampu tersenyum bila bahagia datang bertandang.
Itulah perasaan kita, rasa kita.
Tapi, pernahkah kita terfikir...adakalanya bila gembira yang datang kita ingin berkongsi setiap kegembiraan itu. Namun bila hati kita sakit berduka, kita menjauhkan diri.
Kenapa agaknya kita tidak berkongsi kedukaan itu?
Itulah kita...sentiasa cuba memberi senyum...biarpun kelat.
Sentiasa cuba membahagiakan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Tapi apa salahnya jika kita berkongsi duka dengan orang di sekililing kita.
Rasa pahit dan sedih.
Itulah warna hati kita. 
Kita harus berani meluahkan apa yang terbuku.
Semoga hati kita akan terus berkuntum riang penuh warna. 

Psst: 'One Word'...cara saya layan rasa saya. Lagu ni memang best.




credit to: cheerfuljwlt siap ada lyric sekali tu.


Kisah disebalik MAHA...


Credit Picture To www.mahaexpo2010

Petang tadi sempat ler pegi Expo MAHA dekat Serdang tu. Itu nasib baik ada kawan yang ajak, Memang gempak sangat2…rasanya itu adalah Karnival yang terbesar yang pernah pergi ye la mana tidaknya itukan international Expo anjuran kementerian Asas Tani.
Kami gerak pon  dah agak lewat + jalan jam, so tak sempatlah nak explore semua tempat. Tapi dalam banyak2 tempat kat situ..of coz ler tempat pertama yang singgah Food central.

Food central

Itulah tempat kami lepak dan jalan2 tengok makanan yang best. Memang banyak sangat makanan kat situ, dan apa yang penting semuanya sedap-sedap sangat, sampai kelabu mata kami dibuatnya. Time tu memang meriah sangat, happening dengan suara orang ramai yang hiruk pikuk tu. Dalam kebingitan tu tiba-tiba terdengarlah suara si MC kat food court tu…terlintas lam hati suara cam kenal jer….sekali bila sampai dekat…ler Abang Aziz Desa rupanya.

Kami terus ronda-meronda, tup-tup sampai satu gerai…kaki ni terus ter’pause’ dan nak tengok apa yang best kat situ. Rupanya gerai Dong Yi Shun! Gerai ni sebenarnya wakil dari restaurant  Chinese Muslim Dong Yi Shun yang terletak di kelana Jaya. Macam-macam Chinese food ada…memang kalu boleh nak rasa semua. Tapi disebabkan perut ni dah penuh…jadi kami pesan je Mee Darik (tarik) Ayam.

Mee Darik (tarik) Ayam 

Mee Darik Ayam
Masa mula2 nak beli tu…mungkin disebabkan tertarik dengan demo                             secara live…oleh chef tersebut. Sebijik cam lam tv. Sebenarnya mee ni   tersangatlah popular masa zaman china dulu. Kiranya mee ni warisan zaman berzaman dioranglah.






Dulu kalau tengok cerita-cerita Epik Cina ni kan, selalu jer ada aksi cara-cara buat mee ni! Siap ada aksi kung fu lagi tu. Tapi kat gerai ni tak ada sampai tahap tu hehehehe…

Chef yang buat mee memang origin from Shanghai. Memang baik sangat, pastu dia cuba untuk berbahasa melayu dengan kami…”bolehlah sikit-sikit…” hehehe tabik spring beb! Sebab diorang ada kesungguhan untuk berbahasa Melayu.

Nanti kalau ada kelapangan bolehlah singgah kat Restaurant diorang di :Dataran Glomac, kelana Jaya PJ. Nanti boleh lah kalu nak rasa origin Chinese food yang Halal!



PssT; Tapi part yang paling best  ramai selebriti  (rahsia) yang turut turun lepak2 makan dengan kawan2 diorang. Diorang pon cam kita-kita jer…nak hidup gaya santai!


Sunday, December 5, 2010

"cerita Tahun Baru"

Dah nak abis tahun ni...cam rasa berat plak nak tinggalkan tahun 2010. mana tidaknya... umur pon makin bertambah.... ye dak?

Dulu masa sekolah ujung tahun cam gini ler yang duk tunggu sangat-sangat. Mana tidaknya tak sabar nak masuk darjah baru...pastu dapat ler merasa kasut, baju & beg baru. Itu zaman saya sekolah ler...tapi takde ler tiap tahun dapat yang baru... "kalu beg still elok..ha gunakan je dulu..toksah nak membazir'', teringat pesan Ibuku.

Masa zaman kanak-kanaklah zaman yang paling best..almaklumlah kanak2 riang kan…huhuhu. Tapi bila diingat balik…masa jadik kanak2 aritu…berlagak..asyik duk bilang hari nga tahun jer..bila ler nak besar..pastu nak belajar tinggi  & nak kerja. Mmm … banyak songeh pon ade rasa. Bila dah besar cam gini..baru teringat balik masa kanak tu…mmm biasa ler, semua orang ada memori yang indah kan masa kanak?

Budak2 sekarang dah tak macam kami dulu. Budak sekarang senang…nak belajar tak payah susah2. Sekolah dekat tak payah jalan kaki jauh2… sekarang macam-macam kemudahan ada…nak tuisyen..kalau tak mampu sekolah bagi baucer tuisyen, pastu dapat duit imbuhan la plak. Ni semua semata-mata nak mendorong pelajar2 rajin ke sekolah. Cuma yang tinggal Nak Ke Tak nak?

Rasanya kan..hari ke hari macam sekejap je kan? Tup2…tahun demi tahun yang berlalu dan berakhir…Pastu nak sambut tahun baru plak!mmm..rasanya tak puas lagi nak menghabiskan tahun ni. Rasanya banyak perkara yang tak terlangsai…tapi walau macam mana pun…Itulah Kuasa Tuhan, tiada siapapun yang boleh cuba menahan.

Sempena tahun baru yang bakal menjelang, semoga kita saling bermaafan dan memaafi antara satu sama lain. Mungkin sesetengah hal agak sukar nak dimaafkan, tapi sampai bila kita nak simpan rasa tidak puas hati kita tu… andainya tiada lagi ESOK untuk kita…agaknya tenangkah Kita disana…jadi tak ada salahnya kita berlapang dada…dengan harapan semoga ada SINAR untuk kita esok hari.

PssTt: Tiba-tiba rasa 2nd last paragraph…terover jump dari crita sebelumya la plak! huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More Here! Just Click